Thursday, October 27, 2011

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi,




Muammar Gaddafi dikatakan telah terbunuh dalam serangan berbalas tembakan dan setelah berita kematiannya tersebar luas, maka banyak juga video yang dirakam dimuat turun.. Alfatihah buat Presiden Libya, Muammar Muhammad Al-Qaddafi..




Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!


Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!


Cuba mike tengok apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:


1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!


2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;


3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';


4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;


5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;


6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;


7. Tidak ada bil elektrik di Libya;


8. Pendidikan adalah percumn;


9. Kemudahan perubatan adalah percuma;


10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;


11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;


12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;


13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;


14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.


15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.


16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;


17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);


18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;


19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;


Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.


Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!


Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.


Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik

Wednesday, October 5, 2011

LOBAK PUTIH MERAWAT DARAH TINGGI


Antaranya baik untuk sistem penghadaman dan mengatasi masalah kencing tak lawas.


Paling penting kat sini adalah ia juga baik untuk merawat darah tinggi. Saya akan kongsikan caranya seketika nanti. :)


Lobak Putih (aphanus Sativus) - myfolia.com


Selain lobak putih, anda juga perlukan gula batu sebagai perasa tambahan.


Cara-caranya:


1. Sediakan 1 atau 2 batang lobak putih.


2. Bersihkan ia terlebih dahulu dan ambil isinya saja.


3. Kemudian anda kisarkan atau tumbuk lobak putih tu bersama dengan gula batu sebesar ibu jari. Kisar atau tumbuk bahan tersebut sehingga halus atau hancur.


4. Setelah itu, tuangkan dan tapis jus lobak putih tu ke dalam gelas.


5. Minumlah jus tersebut 2 kali sehari.
Amalkan petua ini dan lepas tu berjumpalah dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mengetahui perkembangan semasa darah tinggi anda.


Selamat Mencuba!

Tuesday, October 4, 2011

Khasiat Kulit Kayu Manis



Kulit manis atau lebih dikenal dengan nama yang kurang tepat kayu manis (Cinnamomum verum, synonym C. zeylanicum) ialah sejenis pohon penghasil rempah-rempah. Termasuk ke dalam jenis rempah-rempah yang amat beraroma, manis, dan pedas. Orang biasa menggunakan rempah-rempah ke dalam makanan yang dibakar manis, anggur panas.


Kayu manis adalah salah satu bumbu makanan tertua yang digunakan manusia, dan Bumbu ini sudah digunakan di Mesir Kuno sekitar 5000 tahun yang lalu.


Ada beberapa penyakit yang bisa disembuhkan dengan ramuan dari kayu manis, antara lain:




1. Sakit Perut
Madu yang dicampur bubuk kayu manis dapat mengobati sakit perut. Juga dapat membersihkan perut serta menyembuhkan bisul hingga keakar - akarnya.


2. Kembung
Penelitian yang dilakukan di India dan Jepang menyatakan bahwa madu yang diminum bersama kayu manis panas dapat membuat nafas tetap segar sehari penuh. Orang Amerika Selatan biasa meminum ramuan tersebut dipagi hari.


3. Sakit Kepala dan Sinus
Minum campuran madu dan jus jeruk dapat menyembuhkan sakit kepala karena sinus.


4. Kelelahan
Warga usia lanjut yang mengkonsumsi madu dan bubuk kayu manis dengan ukuran sama, terbukti lebih waspada dan fleksibel. Penelitian Dr. Milton membuktikan 1/2 sendok makan madu yang diminum bersama segelas air dan ditaburkan bubuk kayu manis dapat meningkatkan vitalis tubuh dalam seminggu. Ramuan tersebut diminum setiap hari setelah menggosok gigi dan jam 3 sore pada saat vitalis tubuh menurun.


5. Kelebihan Berat Badan
Minum segelas air yang direbus bersama madu dan bubuk kayu manis
setiap pagi 1/2 jam sebelum sarapan atau saat perut masih kosong. Bila dilakukan secara teratur dapat mengurangi berat badan, bahkan bagi orang yang sangat gemuk. Minum ramuan ini secara teratur akan mencegah lemak terakumulasi dalam tubuh, meski tetap makan makanan kalori tinggi.

Influenza. Ilmuwan Spanyol telah membuktikan bahwa madu berisi kandungan alam yang membunuh kuman influenza dan menyembuhkan pasien dari flu. Maka minumlah madu ketika akan flu.(sumber : lautanindonesia.com)


6. Penawar alami (natural remedy) untuk diabetes type II
Para saintis telah mendapati kulit kayu manis mempunyai sifat ala-insulin, yang boleh mengurangkan kadar glukosa darah dan juga triglyceride dan kolesterol, semuanya penting terutamanya kepada penderita kencing manis diabetes type II.


Dengan hanya setengah sendok teh serbuk kulit kayu manis setiap hari diambil dalam pemakanan harian , pesakit kencing manisboleh mengurangkan paras glukosa darah. Kesan yang sama juga didapat dengan merendamkan batang kulit kayu manis ke dalam minuman teh atau kopi yang boleh membantu mencegah dan melawan kencing manis.


Para ilmuwan mendapatkan bahwa ada unsur -insulin dari kulit kayu manis dan bahan aktifnya, poliphenol dapat me-naik-kan kadar tiga protein utama. Protein berhubungan sangat penting bagi proses pembentukan insulin normal, dan pengangkutan glukosa ke seluruh anggota tubuh.


University of California at Santa Barbara pada April, 2004 menyatakan kulit kayu manis dapat digunakan dalam pengobatan untuk melawan diabetes. Kulit kayu manis dapat memainkan peranan pengganti insulin dalam diabetes type 2, dari kajian selular dan molekular di universitas tersebut. Kulit kayu manis mempunyai komponen aktif-bio yang berpotensi mencegah dan mengobati kencing manis.


Kajian klinikal telah dijalankan di Pakistan dimana 60 orang sukarelawan kajian dengan diberi serbuk kulit kayu manis satu sendok teh setiap hari selama 40 hari. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahwa kulit kayu manis dapat mengurangi kadar glukosa darah dengan signifikan.


Dalam Medical News 09 Apr 2006 dua kajian yang dituangkan dalam persidangan Experimental Biology 2006 menerangkan lagi adanya manfaat kulit kayu manis sebagai agen anti-radangan dan menyokong kajian awal mengenai kuasa agen anti-oksida dan agen yang dapat mengurangi kadar kolesterol, triglyceride, dan glukosa dan meningkatkan fungsi insulin.
( cinnamon, health, kencing manis, natural remedies )




Pengamalan Dos:




■Teh - Rendam 1/4inci kayu manis (0.6cm) yang ditumbuk separuh lumat dalam 1 cawan air panas selama 10 hingga 20 minit. minum 1 cawan teh itu setiap kali sebanyak 3 kali sehari.

■Air Rebusan – Rebus 30 gram kulit kayu manis dengan 2 cawan air sehingga isipadu air berkurang kepada 3/4 daripada isipadu asal. Kemudian bahagikan air itu kepada 3 bahagian agar boleh diminum 3 kali sehari.

■Kapsul - Masukkan serbuk dalam kapsul bersaiz satu. Ambil satu hingga dua kapsul setiap kali sebanyak 3 kali sehari.

■Serbuk - Makan 1/2 camca serbuk bersama air suam setiap kali 3 kali sehari.

■Luaran - Larutkan tidak melebihi 5 titik minyak esen dalam 15ml (1 camca makan) minyak pelarut yang diektstrak daripada sayur-sayuran. Kemudian sapu pada tempat yang berkenaan mengikut keperluan.


KHASIAT MADU LEBAH ASLI

A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.


B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.



1.BAYI / KANAK-KANAK
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kan

PETUA ORANG TUA

Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima'. Batang zakar harus sentiasa panas.





 Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.




- Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.




- Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.




- Jangan hembus nafas ketika minum, tahani nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jima'.




- Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.


 Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.


- Kurangkan dari memakan Pisang Embun.


- Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.


- Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar.


- Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.


- Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.


- Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.


- Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.


- Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.


- Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima' lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.


- Jangan jima' di dalam air.


- Jangan terus minum air selepas jima', rehat dahulu 15 minit.


- Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.


- Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.