Thursday, February 10, 2011

TOKOH-TOKOH PERUBATAN ISLAM.

1. Ibnu Sina.

Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Hussain Ibnu Abdullah Ibnu sina. Orang barat memanggilnya dengan panggilan Avicenna. Ibnu Sina merupakan seorang cendikiawan islam yang memiliki pelbagai bidang ilmu. Antaranya tentang falsafah- falsafah dan perubatan. Sumbangan yang ketara Ibnu Sina dalam bidang perubatan adalah dari segi pengalaman dan kebolehanya untuk mengubat dan juga dalam menghasilkan karya dalam penulisan. Terdapat banyak ilmu perubatan moden yang menggunakan ilmu perubatan Ibnu Sina sebagai rujukan. Terutamanya mengenai penggunaan ubat, diagnosis dan pambedahan. Buku beliau telah digunakan secara meluas di Universiti-universiti Eropah hingga abad 15M. Pada bad ke 12M, buku beliau telah diterjemah oleh Genard Cremona yang berpindah ke Toledo, sepanyol kedalam bahasa latin. Bukunya telah dicetak sebanyak 16 kali,15 edisi dalam bahsa latin dan sebuah dalam bahasa yahudi(Hebrew). Pada abd ke 16M buku ini telah dicetak sebanyak 21 kali. Penulis dibarat telah menganggap Ibnu Suna sebagai bapa kedoktoran kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan ilmu perubatan Yunani, Hippocreates dan Gelen serta pengalaman daripada ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi serta pengalaman beliau sendiri .
.

Antara sumbangan utama beliau terhadap dunia perubatan ialah:
.

a) Telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam ilmu perubatan.

b) Penemuan beliau dalam bidang perubatan yang dikenali pada hari ini sebagai psikosomatis(psikosomatic medicine).

c) Memperkenalkan ilmu diagnotis untuk mengenalpasti ketidakseimbangan humur yang berkenaan dan ia masih dipraktikkan oleh para doktor muslim di Pakistan, Afganistan dan Parsi.

d) Seorang doktor dari Amerika melaporkan bahawa para hakim di afganistan, China dan India dan parsi sangat berkebolehan dalam menentukan penyakit melalui denyutan jantung

e) Menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan.

f) Ibnu Sina adalah doktor yang pertama yang mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (pulmonary tuberculosis) adalah penyakit yang boleh berjangkit.

Beliau juga dapat menceritakan dengan tepat tanda-tanda (symptoms) penyakiut kencing manis(diabetis)dan masalah yang timbul daripadanya.

Osler menganggap karyanya iaitu al-Qanun fi Al-Tibb sebagai sebuah teks perubatan yang teragung yang pernah ditulis sebagai “injil perubatan”yang dibaca dalam tempoh yang lebih lama berbanding buku-buku perubatan yang lain dan ia dibahagikan kepada 5 buku iaitu:
a)buku yang membicarakan tantang asas-asas umum.
b)buku-buku ubatan simple(biasa)
c)buku penyakit organ-organ tertentu
d)buku penyakit yanjg biasanya merebak ke seluruh badan
e)buku ubat-ubatan ‘compound’(sebatian).

.

2. Al-Razi.


Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar Muhammad Ibnu Zakaria Al-Razi. Beliau lebih terkenal dengan panggilan al-Razi. Selain dari itu, beliau lebih terkenal dengan panggilan Rhazes di kalangan orang barat. Al-Razi dikenali sebagai Galen Arab dan beliau berasal daripada Parsi. Beliau juda adalah guru kepada Ibnu Sina. Dilahirkan pada tahun 863M di Bandar Rai berdekatan dengan Bandar Teheran. Beliau meninggal dunia pada tahun 925M(312Hijrah) ditempat yang sama. Beliau mendapat pendidikan awal di Baghdad yang menjadi pusat Bandar empayar Abbasiyyah yang juga menjadi pusat pendidikan. Pemerintah islam pada ketika itu menggalakkan orang ramai dalam pencarian ilmu dengan memberi kemudahan-kemudahan seperti hospital-hospital dan perpustakaan untuk melakukan penyelidikan. Sebelum menceburkan diri dalam perubatan, beliau pernah mempelajari dalam bidang Al-quran, fekah, ilmu tauhid, bahasa arab dan hadis. Meyerhoff dalam buku Legacy of Islam menganggap beliau sebagai pengamal perubatan yang teragung dalam dunia islam malah seorang pengamal perubatan teragung di dunia ..


Beliau mempelajari ilmu perubatan dengan Hunayn Ibnu ishaq, seorang pakar perubatan parsi dan India. Al-razi bertugas sebagai pegawai perubatan dan menjadi pengarah disebuah hospital di rays, Baghdad dan Parsi serta pengasas perubatan psilosomatik dan mempunyai pengetahuan yang agak mendalam dalam bidang anatomi. Beliau meneruskan tradisi yang diasakan oleh Galen bersama pakar-pakar perubatan islam pada masa itu. Buku yang telah dihasilkan adalah sebanyak 224 buku, 140 daripadanya dalam ilmu perubatan(10 daripadanya telah diterjemah kedalam bahasa Latin)..


Antara sumbangan Al-Razi di dunia barat ialah Treatisnya berkenaan dengan campak cacar tulen(smallpox) dan campak biasa(measel)yang telah diterbitkan beberapa kali di Eropah hingga abad ke 18M. Buku karyanya yang terbesar ialah ensikopedia perubatan amalan dan terapeutik yang berjudul kitab Al Hawi fi Al Tibb(Liber continens) yang seberat 10 kilogram ini mengandungi 9 jilid menjadi rujukan fakulti perubatan di Paris, Perancis Pada tahun 1395M. Buku teragungnya yang kedua ialah berjudul kitab Al-mansur (Liber Medicinalis ad Al Mansorem). Ia adalah ringkas dan mengandungi 10 bab. beliau menyumbangkan kitab ini kepada gabenor Khurasan, Al- Mansur Ibnu Ishaq yang berkenaan dengan seni dan sains perubatan..


Beliau memperkenalkan beberapa kaedah dalam ilmu farmasi antaranya:

a) Penggunaan ubat untuk melawaskan buang air besar secara lembut(Milld purgatives)

b) Pembekaman (mengeluarkan darah) bagi kes-kes “apoplexy” (kehilangan kegunaan deria) disebabkan kepecahan urat darah dalam otak.

c) Penggunaan air sejuk bagi demam yang melarat

d) Mencipta seton (jenis benang) dan penggunaan dalam kes-kes luka.
Menurut Ali bin Abbas al Majusi yang meninggal dunia 60 tahun selepas Al-Razi kitab Al-Hawi mengandungi :.


a) Cara menjaga kesihatan
b) Mengubati penyakit melalui cara makanan.
c)Mengenal tanda-tanda penyakit.


Sumbangan lain Al-Razi dalam perubatan islam ialah pengasingan alkohol dan mendorng kegunaanya sebagai anti septik. sebuah lagi kitabnya yang bernama kitab Al asrar (the book of secrets) telah diterjemah kedalam bahasa latin adalah sumber utama maklumat bahan kimia hingga abad 14M.
.



3. Abu Qassim Khal;af Ibnu Abbas al—Zahraawi (936-1013M)

Tokoh pembedahan yang handal dan masyur ini dikenali di Eropah dengan nama Abulcasis.Beliau dilahirkan di Bandar Di Raja al-Zahrah dalam tahun 936M. Pendidikan yang diperolehi oleh beliau ialah dalam Cordoba iaitu sebuah pusat perniagaan dan pendidikan di bahagian Sepanyol Islam.Bandaraya ai-Zahrah dan Cordoba adalah berhampiran. Beliau dipercayai mengamalkan profesionnya di Bandar ai-Zahrah sebagai seorang pengamal perubatan,pakar bedah dan Pharmacist..


Sumbangan beliau dalam bidang perubatan dapat difahami dari buku al-Tasrif.Buku yang dihasilkan oleh al-Zahrawi ini diberi banyak gelaran seperti kitab al-Zahrawi.Nama penuh buku ini ialah Kitab aal-Tasrif Liman Ajiza an al-talif, yang secara ringkas disebut al-Tasrif sahaja..


Al-Tasrif mengandungi 30 bahagian yang dikumpul menjadikan satu buku.Buku ini meliputi tajuk-tajuk –tajuk yang luas dan menyentuh pelbagai bidang perubatan.Satu salinan al-Tasrif dianggarkan berjumlah lebih kurang 750 folio ataupun 1500 muka..


Dalam abad ke-12 M. dan ke-13M, banyak hasil karya Arab telah diterjemah ke bahasa latin dan bahasa asing yang lain.Karya al-Zahrawi mula terkenal di Barat pada pertangahan abad ke-12 M. Selepas ini nama al-Zahrawi mulai harum sebagai ahli bedah dan ketokohannya disamakin dengan Celcus dan Paulus Aeginate dalam bidang perubatan..


Melalui terjemahan Gerard, al-Zahrawi memjadi terkenal dalam awal abad ke-13 M. di Itali . Dalam separuh abad ke-13 M ramai pengamal perubatan dari Itali berhijarah ke Perancis dan membawa bersama mereka ilmu al-Zahrawi .Penghijrahan ini dianggap sebagai asas permulaan pembedahan rasionaldi Perancis..


Dengan secara kebetulan, pada ketika yang samasatu manual surgery oleh Roger of Parma menggunakan bahagian ke-13 al-Tasrif sebagai rujukan utama. Selepas Roger, surgeon seperti Bruno di Calabre, Lafranc, Nicolas ada Florence,Valeseus dan Toronto dan Louis of Pisa sering merujuk kepada buku al-Zahrawi yang menjadi buku teks utama dalam bidang surgery sehinggalah masa guillanme ada Saliceto (Hamarneh et al, 1963).


Dalam abad ke-14 M. Guy ada Chauliac menganggap al-Zahrawi sebagai standing denagn pengamal terdahulu sepeti Hippocrates dan Galen. Dalam bukunya Great Surgery yang ditulis dalam latin dalam tahun 1363, Guy ada Chauliac telah merujukkan kepada al-Tasrif sebanyak 200kali dan memasukkan beberapa paragraph secara verbatim. Kepentingannya adalah jelas sekali sebab buku”Great Surgery” adalah buku teks piawai dalam bidang surgery di Barat sehingga masa Vesalius..


Sebahagian ataupun keseluruhan buku al-Tasrif telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa terutama sekali Latin, Perancis,Sepanyaol dan Hebrew dan diterbitkan di Venice(1497), Strassburgh (1532) dan Oxford (1778). Sayang sekali terjemahan –terjemahan yang dibuat tidak begitu memuaskan dari segi ketepatan dan kesilapan ini semakin besar setelah buku itu ditiru berulang kali..


Al-Tasrif adalah sumbangan utama al-Zahrawi dan dengan buku ini beliau menjadi seorang tokoh perubatan yang terkemuka. Ketokohannya diakui di negara Sepanyol, Afrika Utara dan Kerajaan Islam Timur dan juga di Eropah Barat..


Buku yang ditulis oleh ai-Zahrawi memenuhi 3 perkara penting :.


1. Memberi nasihat dan anjuran yang baik untuk meningkatkan bidang kesihatan dan berguna untuk penuntutnya dan pengamal perubatan yang lain.
2. Alat dan teknik yang digunakan oleh al-Zahrawi dibicarakan dengan terperinci dan beliau menggunakan pendekatan moden terhadap proses-proses yang dibuat olehnya.
3. Beliau mencadangkan kesenian perubatan yang terbaik untuk ketika itu. Beliau dengan jelas memberi keterangan mengenai cara rawatan, persedian ubat, dan penyimpanan ubat di bawah keadan unggul dan cara terselamat pemberian ubat dan diet.Kesemua anjuran yang dibuat olehnya adalah amat bersesuaian sekali dengan prinsip-prisip perubatan yang wujud pada ketika itu.

Melalui buku ini rawatan secara kauteri yang dianjurkan oleh al-Zahrawi telah luas diguna di Barat pada akhir zaman Pertengahan.Dalam bidang surgeri al-Zahrawi telah memperkenalkan 150 alat pembedahan termasuk alat untuk obstetik dan pergigian.
Sebagai seorang pengamal perubatan, al-Zahrawi mengkaji penyakit dan pengkelasan penyakit, diagnosis dan prognosis, mengakui kepentinagn anatomi, temperamen, meteorologi dan membincangkan mengenai cara-cara mengelakkan penyakit (profilaksis), meningkatkan kesihatan dan mengurangkan kesakitan..


Sebagai seorang ahli bedah beliau telah membincangkan tentang pembedahan dan membicarakan mengenai alat-alat yang beliau guna secara terperinci. Sebagai seorang ahli kimia ubat, beliau telah memberi sumbangan yang banyak terhadap bentuk ubat atau dos, teknik dan alat penyediaan ubat.
.


4. Ishak Ibnu Sulaiman al-Yahudi.


Beliau dikenali sebagai Isaac Judaeus dan dilahirkan di Qairawan,Mesir.Berpengetahuan luas dalam bidang perubatan, falsafah, matematik, logik, geometri dan astronomi. Diantara karya beliau yang telah diterjemahkan kedalam bahasa Latin oleh Constantin the African ialah:-
i)On diet and Medicine(pemakana dan ubat-ubatan)
ii)Kitabul Istiqsat
iii)Kitab al-Hudud waal-Rusum
iv)On Fevers(demam)
v)On Urine(Urin)